Arkib

Posts Tagged ‘Info’

10 Tabiat Rosakkan Otak

13 Jun 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Semoga hari ini antara hari yang terindah dalam hidup anda berbanding pada hari semalam. Hari ini topik saya bukan berkisarkan pendidikan, tetapi mungkin lebih kepada pengetahuan.

Kerosakan otak? nak tahu apa faktor yang mungkin mempengaruhinya? Sila baca dan fahami tips di bawah yang mungkin dapat membantu anda menjaga otak anda.

Betulkah? Saya sendiri tidak pasti. Tetapi saya mendapat maklumat ini dari ruang sosial maya beberapa hari yang lepas.

Jom baca!

1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Dah baca? Faham? Adakah betul segala yang anda baca?. Apa pun pandangan anda, semoga kita akan lebih menjaga otak kita selepas ini.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Ujian Diagnostik

21 April 2009 24 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah murid selesai menjalani ujian saringan, guru perlu membuat analisa untuk menentukan situasi murid yang dijangka akan terlibat dengan ujian diagnostik.

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :

soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :

  • Diagnostik Pengamatan

  • Diagnostik Lisan

  • Diagnostik Tulisan

Diagnostik Pengamatan

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.

Diagnostik Lisan

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.

Diagnostik Tulisan

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

Cara ini akan memudahkan guru untuk membina persediaan mengajar berdasarkan ‘ranking’ murid.

Sekian,

teachers-department10

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008

p/s :

  • Klik pada ruangan DOWNLOAD untuk muat turun Set Ujian Diagnostik Bahasa Melayu.
Kategori:Pend.Pemulihan Tag:

RALAT : Operasi Baik Pulih Blog

12 April 2009 4 comments

Salam sejahtera..

Semoga anda sihat dan sentiasa ceria walau di mana jua anda berada. Semalam saya telah meminta pendapat daripada umum dalam ruangan YS (Youthsays) mengenai blog ini.

Pelbagai pandangan, komen dan saranan diberi. Terima kasih kerana anda bersikap jujur dan ikhlas semasa sesi soal jawab dan memberi respon terhadap soalan saya.

Pertamanya, tujuan asal blog ini dihasilkan bukanlah bersifat ‘keguruan’ semata-mata. Ianya sebenarnya bersifat lebih ‘umum’. Namun, memandangkan saya telah menggunakan ‘domain’ cikguhaidi.wordpress.com maka, terdapat beberapa topik yang saya ‘post’ dalam blog ini dilihat tidak relevan dengan ‘domain’ yang saya gunakan.

Justeru, sebagai menghargai buah fikiran anda semasa memberi respon terhadap soalan saya, beberapa perubahan akan dilakukan secara berperingkat dalam blog ini.

Ini bermakna, setiap hari bekerja iaitu ISNIN hingga JUMAAT, saya akan menulis berkenaan topik yang berkaitan dengan ‘pendidik’ terutamanya mengenai ‘KELAS PEMULIHAN’. Manakala pada setiap hari cuti SABTU dan AHAD pula, saya akan menulis mengenai isu-isu yang ‘umum’ dan luar dari bidang ‘perguruan’.

Tujuannya supaya umum tidak melihat blog saya sebagai satu ‘platform’ yang ‘rojak’. Kepelbagaian bahan yang berada di dalam blog ini diharap sedikit banyak dapat memberi sumber informasi berguna buat tatapan umum.

Operasi ‘baik pulih’ laman juga akan dilakukan terhadap blog ini kerana sesetengah daripadanya dilihat tidak sesuai ‘menghuni’ di blog ini. Justeru, sebarang perubahan akan melibatkan beberapa ‘gangguan’ umum terhadap blog ini.

Harap anda dapat terus memberi sokongan kepada saya. Sebarang komen, cadangan, pendapat atau perkongsian secara ilmiah amatlah dialukan.

Terima kasih.

Yang Benar,

Penulis

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan

Kategori:Pengumuman Tag: