Arkib

Posts Tagged ‘Motivasi’

~Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2010~

21 September 2010 2 comments

Salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari penting bagi semua murid tahun enam di seluruh negara kerana mereka akan menduduki peperiksaan penting iaitu UPSR 2010.

Justeru, penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjuang dan semoga dipermudahkan segala urusan semasa menjawab soalan khasnya untuk murid-murid tahun enam di Sek.Keb Seri Suria, Kuala Lumpur.


Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Teacher’s Department

Salam Maal Hijrah

18 Disember 2009 4 comments


Daripada,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

Perkampungan Ilmu – SKTIE

27 Julai 2009 1 komen

Salam sejahtera..

Pada 24, 25 dan 26 Julai 2009, pihak pengurusan SK Taman Impian Emas telah mengadakan kem ‘Perkampungan Ilmu’ khusus untuk para pelajar tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Program yang bermula pada jam 3.00 petang pada hari Jumaat bermula dengan talimat program oleh Cikgu Norhaidi selaku Kem Komandan. Diikuti sesi ‘ice breaking’ sebelum murid kembali semula ke dewan untuk sesi Teknik Menjawab Soalan Matematik.

Pada sebelah malam, guru-guru mata pelajaran Matematik mengambil alih tugas.

25 Julai 2009

Sebahagian daripada fasilitator terlibat dengan Pertandingan Bowling. Walaupun kekurangan kakitangan, program tetap berjalan dengan jayanya. Slot sebelah pagi diisi dengan Teknik Menjawab Soalan Sains manakala slot sebelah petang diisi dengan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris.

Slot sebelah malam diisi dengan ‘kelas tambahan’ bagi mata pelajaran wajib UPSR. Tepat jam 10.30 malam, murid dikehendaki tidur awal kerana mereka akan bangun seawal jam 4.00 pagi bagi program di surau.

Bagi yang ingkar dengan arahan Kem Komandan pada malam tersebut telah dikenakan tindakan tatatertib.

26 Julai 2009

Slot pagi diisi dengan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu. Kemudian pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari slot diisi dengan sesi pembelajaran di mana saya turut terlibat sebagai fasilitator.

Tepat jam 12.30 tengah hari, murid dikehendaki berkemas dan membersihkan kawasan tempat tidur.

Upacara penutupan majlis diadakan jam 1.00 petang dan tamat pada jam 1.30 petang. Dengan berakhirnya beberapa siri program ilmu yang dirancang, semua guru berharap agar semua murid yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dapat membuat yang terbaik.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department.

p/s : Gambar aktiviti akan ditampal secara berperingkat.

Kategori:Pengumuman Tag:,

Keajaiban Akal Fikiran

1 Mei 2009 4 comments

Oleh : Idris Musa
idris@hmetro.com.my

Rabu
15 April 2009

“SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi”

SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.

Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.

“Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah- belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (a-Hasyr:21)

Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: “Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.”

Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!”

Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Wahab bin Munabih pula berkata: “Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya.”

Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia mendapat ilmu.

Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan makhluk lain.

Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata ‘berfikir itu pelita hati.’

Hasan al-Basri r.h berkata: “Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah.”

Lukman al-Hakim berkata: “Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga.”

Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan kepada mata.

Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:

  • Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalam erti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.
  • Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.
  • Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.
  • Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.

Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil ‘manusia berakal’ kerana yang memandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan hawa nafsu.

Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antara manusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.

Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu. Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.

Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.

Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan Penciptanya.

Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.

Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.

Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik, muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.

Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.

Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulan sebelum lahir bapanya meninggal. Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.

Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi?

Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal. Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya.

Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?

Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.

Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.

Sekian,

teachers-department5

Teacher’s Deparment

Kursus Profesionalisme Guru

29 April 2009 1 komen

Salam sejahtera,

resort2

Pada 25 dan 26 April yang lalu, pihak SK Taman Impian Emas dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Guru di Tanjung Piai Resort. Kursus tersebut adalah seperti berikut :

  • Kursus Analisis Item – Panel ; Puan Azizah binti Abdul Rahman
  • Kursus Motivasi – Panel ; Tuan Hj Salamian, Kem Kaizen Gunung Pulai.

Kursus selama dua hari satu malam tersebut diselangi dengan beberapa acara menarik. Pada hari pertama, sepanjang jalan menuju ke kem, kami menaiki kereta secara berkonvoi. Dalam perjalanan, kami dikehendaki menyelesaikan 15 soalan yang disediakan.

Banyak juga soalan yang tidak dapat saya dan ahli kumpulan jawab. Maklumlah, saya ni orang Ngeri Sembilan. Jadi, memang tak mahir langsung selok belok kawasan sekitar Pekan Nanas dan Pontian ni.

Tepat jam 2.30 petang, saya mempengerusikan kursus yang pertama. Sepanjang mengikuti kursus yang pertama, kami mendapat banyak input yang berguna untuk dijadikan panduan dalam pembinaan soalan yang berkualiti. Kursus siri pertama di tamatkan tepat jam 4.30 petang.

Selepas minum petang, aktiviti riadah kami diisi dengan permainan ‘paintball’. Tugas kami petang itu adalah menembak sasaran. Em, tak sangka setiap guru berbakat dalam acara tembak menembak ni.

2

Saya? tentulah yang paling bagus kot.ha..ha..ha. Sebabnya? saya berjaya jatuhkan lima tin dengan 20 butir ‘peluru’ pada sesi yang pertama berbanding rakan-rakan yang lain. Namun, pada sesi kedua saya tewas 2-1 dengan seorang rakan guru. Sepatutnya keputusan menjadi 2-3 kerana saya berjaya menembak tiga tin. Tetapi yang berjaya dijatuhkan hanyalah satu sahaja.

Pada sebelah malamnya pula, kami ada ‘dinner’ dengan menu keseluruhan segar dari laut. Dalam pada itu juga, aktiviti berkaraoke turut diadakan. Tak sangka sungguh ramai juga cikgu sekolah ni yang berbakat. Tak kiralah suara merdu atau tak. Yang penting aktiviti pada malam tersebut diisi dengan jayanya.

Pada hari kedua, aktiviti disambung dengan ceramah motivasi oleh Tuan Haji Salamian bin Surip. Seronok mendengar ‘celoteh’ pemilik Kem Kaizen, Gunung Pulai ni. Ingatkan nak tidur, tapi tak jadi kerana kepetahan beliau berkata-kata membuatkan kami tidak kering gusi.

Ceramah 2

Saya pun hingga lupa sejenak akan kepenatan yang melanda diri. Apa pun, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang terlibat secara langsung mengurus penginapan dan aturcara program kami pada hari tersebut.

akhir

Sekian,

2

NORHAIDI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s – Dengar cerita lepas ni nak adakan kursus di Pulau Sibu pula.