Arkib

Posts Tagged ‘panduan’

Panduan Mengesan kelemahan Murid – End

25 Jun 2009 1 komen

Salam sejahtera.

Semoga kesihatan anda bertambah baik, anda kekal sihat, segar dan ceria serta menjadikan hidup anda pada hari ini lebih baik daripada semalam dan penuh dengan amal jariah untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan anda.

Hari ini adalah bahagian akhir di mana saya akan sentuh mengenai tanda-tanda murid alami masalah kesihatan fizikal dan mental. Tanda-tanda berkenaan adalah seperti yang berikut ;

1. Tidak hadir ke sekolah kerana sakit

2. selalu mengantuk / tertidur

3. Sentiasa keletihan

4. Kerap sakit perut

5. Mudah diserang penyakit

6. Duduk dalam keadaan yang tidak selesa

7. Pencapaian semakin merosot.

Sememangnya faktor kesihatan adalah penyebab utama mengapa murid dilihat lemah semasa mengikuti kelas Pemulihan. Ada murid yang tiada ‘mood’ untuk belajar jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Saya kerap menerima situasi di mana murid sering tertidur di dalam kelas, menghadapi selsema dan kudis. Situasi di atas bukan sahaja kurang menyenangkan murid itu sendiri, malah akan menyebabkan murid yang lain berasa geli dan tidak selesa.

Guru perlu meminta ibu bapa penjaga murid segera mendapatkan rawatan alternatif jika perlu.

Apabila saya mendapati murid saya tidur di dalam kelas, saya bertanya mengapa dan murid akan mengatakan lewat tidur malam kerana menonton DVD dan pergi ke sekolah ibu tidak menyediakan sarapan.

Dalam kes ini, ibu bapa / penjaga memainkan peranan penting. Elakkan anak jagaan mereka berjaga sehingga jauh malam semata-mata kerana hiburan. Murid perlu tidur jam 9.00 malam.

Ada sesetengah ibu bapa menyediakan sarapan tetapi murid itu sendiri yang tidak mahu sarapan.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s :

  • Strategi mengesan masalah pembelajaran murid akan dibincangkan dalam kiriman yang akan datang. Oleh yang demikian, teruskan mengunjungi laman ini.
  • Sebarang perkongsian pendapat atau apa jua pendangan anda amatlah dialu-alukan.

Panduan Mengasan Kelemahan Murid – Part 4

24 Jun 2009 3 comments

Salam sejahtera.

Syukurlah kerana hari ini mata kita dapat melihat alam yang terbentang luas, kita masih dapat bernafas dan menghirup udara yang segar.

Topik hari ini adalah tanda-tanda murid alami maslah emosi dan sosial. Setiap insan akan mengalami gangguan emosi dan pergaulan sosial. Agak sukar untuk mengenal pasti tanda-tanda ini kerana bukan sepanjang masa guru akan bersama murid.

Ada ketikanya, murid akan menunjukkan perubahan emosi yang jelas dalam kelas sama ada semasa guru mengajar atau ketika tiba di sekolah. Guru perlu peka pada perubahan ini dan wajar mengetahui punca perubahan tersebut.

Dalam kelas Pemulihan, perubahan sosial dan emosi mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Murid yang terpinggir akan kerap menyendiri dan tidak mahu didekati sesiapa.

Sebahagian masalah berpunca daripada dalam diri murid yang tidak dapat menerima sesuatu hakikat. Sebagai contoh, murid tidak suka ditegur atau dimarahi. Apabila ditegur atau dimarahi, murid akan berkecil hati dan tidak mahu mengikut arahan.

Perasaan murid terganggu kerana dimarah atas sebab-sebab yang dilakukannya atau pun sebaliknya. Murid yang agresif barangkali akan bertindak di luar jangkaan seseorang guru. Oleh yang demikian, hal ini mesti diberi perhatian.

Tanda-Tanda Masalah Emosi dan Sosial.

  • sering berasa cemas takut dan benci
  • konsep kendiri yang lemah
  • bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
  • cepat marah
  • suka bergaduh
  • kerap berbohong
  • bertindak liar untuk menarik perhatian
  • tindak balas kurang matang
  • berperawakan ganjil
  • membela diri secara tidak menentu
  • menunjukkan perasaan dengki
  • mengkritik secara keterlaluan
  • suka termenung atau berkhayal.

Sekian,
Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Panduan Mengesan Kelemahan Murid – Part 3

23 Jun 2009 1 komen

Salam Sejahtera.

Bersyukurlah kerana hari ini mata kita masih terbuka untuk melihat alam yang indah dan terbentang luas. Semoga apa yang anda hajatkan pada hari ini akan tercapai.

Hari ini saya akan sambung bahagian ketiga mengesan kelemahan murid. Jika sebelum ini saya sudah terangkan bagaimana hendak mengesan masalah murid dari aspek penglihatan, kali ini saya akan terangkan tanda-tanda murid alami masalah lemah pendengaran.

Tanda-tanda Murid Lemah Pendengaran

  • selalu menekap telinga
  • selalu mengadu sakit kepala
  • bersuara dengan nada tidak semula jadi
  • tidak dapat menumpukan perhatian ketika guru mengajar
  • tidak peka pada arahan
  • tidak dapat memahami atau mengikut arahan yang betul
  • tidak dapat menganalisis percakapan orang lain
  • sukar memahami urutan
  • sukar mengingat kembali
  • lambat bertindak terhadap bunyi
  • lemah dalam menerima dan mengaplikasi pengetahuan baru dan lama
  • pencapaian semakin merosot

Sekiranya seseorang guru itu perasan, semasa guru mengajar ada segelintir murid suka bercakap dengan nada suara yang besar. Bukan menjerit atau terpaksa bercakap kuat kerana kelas bising, sebaliknya murid itu terpaksa bercakap kuat kerana dia tidak dapat mendengar apa yang dituturnya.

Malah murid tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh gurunya. Sekiranya guru perihatin, murid ini perlu dirujuk kepada pakar dengan segera.

Saya pernah berdepan dengan satu kes di mana saya tidak dapat memanggil murid ini dari arah belakang kerana murid tidak akan dengar. Namun, murid akan mendengar dengan jelas apabila saya berkomunikasi secara berhadapan dengannya.

Mengikut rekod lampau, murid telah mengalami kemalangan jalan raya dan disahkan pekak sebelah. Saya meminta penjaga murid ini merujuk kepada pakar dan jika perlu, pindahkan murid ke sekolah Pendidikan Khas.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Keajaiban Akal Fikiran

1 Mei 2009 4 comments

Oleh : Idris Musa
idris@hmetro.com.my

Rabu
15 April 2009

“SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi”

SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.

Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.

“Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah- belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (a-Hasyr:21)

Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: “Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.”

Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!”

Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Wahab bin Munabih pula berkata: “Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya.”

Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia mendapat ilmu.

Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan makhluk lain.

Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata ‘berfikir itu pelita hati.’

Hasan al-Basri r.h berkata: “Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah.”

Lukman al-Hakim berkata: “Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga.”

Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan kepada mata.

Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:

  • Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalam erti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.
  • Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.
  • Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.
  • Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.

Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil ‘manusia berakal’ kerana yang memandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan hawa nafsu.

Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antara manusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.

Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu. Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.

Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.

Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan Penciptanya.

Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.

Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.

Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik, muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.

Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.

Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulan sebelum lahir bapanya meninggal. Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.

Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi?

Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal. Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya.

Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?

Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.

Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.

Sekian,

teachers-department5

Teacher’s Deparment