Arkib

Posts Tagged ‘Selamat Hari Guru’

~SELAMAT HARI GURU 2012~

16 Mei 2012 1 komen

 

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sehajtera di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Terima kasih atas kesudian anda untuk terus melayari laman ini. Tidak banyak yang ingin dikongsi kepada anda semua pada hari ini. Cuma secebis nota untuk mengucapkan Selamat Hari Guru khusus untuk semua jenis guru yang ada di seluruh dunia tidak kira sama ada guru secara rasmi atau tidak.

Setiap jiwa insan…

yang memikul tanggungjawab…sebagai pendidik..

TIDAK kira di mana dia ditempatkan..

TIDAK kira apa tugas yang diamanahkan..

TIDAK kira dengan siapa dia berdepan..

TIDAK kira apa jua rintangan..

semua itu akan ditempuhinya…

dengan hati yang cekal…dan semangat yang kental..

TIDAK pernah mengeluh..

TIDAK pernah minta dibalas..

TIDAK sesekali minta dihargai..

tetapi harapannya cuma satu..melihat anak bangsa..

gah meniti kejayaan..di persada dunia…

“SELAMAT HARI GURU~”

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Admin,

Teacher’s Department

 

 

Advertisements

~SELAMAT HARI GURU 2010~

16 Mei 2010 11 comments

“Mak cakap, CIKGU tu macam MAGGI, makan masa susah..”

“Ayah pulak cakap, CIKGU tu macam D’SEEKERS, menakutkan..”

“Atuk cakap pulak, CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada…”

“Tapi anak saya cakap, CIKGU macam L’OREAL kerana dirimu begitu BERHARGA!..”

*****

Without TEACHERS : days are –

  • “sadday”
  • “moanday”
  • “tearsday”
  • “wasteday”
  • “thirstday”
  • fightday”
  • “shatterdays”

So, “HAPPY TEACHER’S DAY..”

*****

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ SARPONEN

Teacher’s Department

  • Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Tak lupa buat kakak (Pn.Sabaria binti Sarponen) yang kini mengajar di Kem Iskandar, Mersing, Selamat Hari Guru, Angah..

Terima Kasih, Cikgu

16 Mei 2009 Tinggalkan komen

Salam sejahtera,

Buat semua guru senior / guru pembimbing / pensyarah di :

  • Sekolah Kebangsaan Felda Lui Timor, Negri Sembilan

  • Sekolah Menengah Felda Lui Barat, Negri Sembilan

  • Sekolah Menengah King George V, Seremban

  • Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur

  • Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis, Gombak

  • Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 1, Kuala Lumpur

  • Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 1, Petaling Jaya

  • Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas, Johor Bahru

Terima kasih atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kenangan yang diberikan dalam hidup ini. Pengalaman suka duka bersama kalian tidak akan dapat dilupakan.

Tidak kira di mana dan apa yang para ‘cikgu’ sedang lakukan ketika ini, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan atas segala tunjuk ajar yang diberi.

Jika bukan kerana ‘cikgu’, tidak mungkin saya akan sampai ke tahap ini pada hari ini.

Walaupun saya tidak dapat menyebut nama ‘cikgu’ semua, saya sentiasa mendoakan agar ‘cikgu’ sekalian akan terus berbakti kepada negara.

Terima kasih, CIKGU!!

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Selamat Hari Guru buat kakak tersayang, Puan Sabaria binti Haji Sarponen yang kini mengajar di sekolah rendah di Kem Iskandar, Mersing.

  • Setinggi-tinggi penghargaan buat Haji Sarponen bin Haji Ikhsan dan Hajah Siti Zaharah binti Misngat atas pengorbanan besar yang dilakukan demi melihat sembilan anak berjaya dalam hidup.

  • Terima kasih buat Puan Sarinah, Encik Junaidi, Encik Sharom dan Encik Hasnor yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada Haji Sarponen dan Hajah Siti Zaharah dalam memberi dorongan agar saya terus berjaya.