Arkib

Archive for September 2011

Bahan Bantu Mengajar LINUS – Edisi Big Book

30 September 2011 8 comments

Salam sejahtera,

Pada 28 September 2011 yang lalu, semua Penyelaras Program LINUS dari Zon Bangsar-Pudu telah menghadiri sesi perbengkelan tentang penulisan buku LINUS (Big Book) bertempat di Kuala Lumpur International Hotel.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Penyelaras Program LINUS

p/s :

  • akan ada banyak lagi gambar bengkel big book akan dimuatkan dalam laman ini.

Bengkel Penulisan Buku LINUS (Big Book)

27 September 2011 4 comments

Bengkel Penulisan Buku (Big Book) LINUS

Bagi Zon Bangsar & Pudu

2011

Tarikh : 28 September 2011

Tempat : Banquet Hall, Aras 1

Kuala Lumpur International Hotel

Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Makluman :

  • Semua Penyelaras Program LINUS diwajibkan menghadiri bengkel tersebut

Sekiranya ada kemusykilan, sila hubungi :

  1. Pn.Sharidah binti Maarus : 03-2031 0695
  2. Pegawai FasiLINUS             : 03-2031 0704

sekian,

Admin

Teacher’ Department

Nota : Makluman mengenai bengkel ini dengan lebih lanjut akan saya laporkan pada 30 September 2011 dalam laman ini.

SARINGAN LINUS 2011 – Saringan 2 dan 5

15 September 2011 6 comments

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, saringan lisan dan bertulis LINUS sudah selesai bulan lalu. Data juga telah dihantar kepada pegawai LINUS yang berkenaan. Pengurangan separuh daripada jumlah murid yang mengambil saringan amat memuaskan. Cuma tinggal saki baki murid TEGAR yang masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam sesi pengajaran dan saringan lisan serta bertulis untuk murid tahun satu dan dua atas kerjasama anda membantu dan bertindak untuk mengurangkan jumlah murid tidak boleh membaca. Tahniah kepada guru-guru Matematik tahun satu dan dua kerana berjaya memastikan sasaran NUMERASI kepada 99.9% dicapai.

Bagi program LITERASI, masih banyak yang perlu dilakukan. Port Mortem telah dilakukan dan dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat LINUS peringkat sekolah pada minggu hadapan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN
Penyelaras LINUS

Jom Santai Dengan Cerita Murid Ini.

13 September 2011 1 komen

Salam sejahtera,

Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua murid-murid tahun enam seluruh negara yang bermula pada hari ini 12 September 2011 sehingga  14 September 2011.

Semoga segala tunjuk ajar oleh guru-guru selama ini, akan diaplikasikan dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan satu keputusan keseluruhan yang akan membanggakan diri, keluarga dan pihak sekolah masing-masing.

Baiklah, hari ini saya ‘tampalkan’ sebuah karangan yang ditulis oleh seorang murid darjah 4 yang saya ambil dari sebuah laman sesawang. Mungkin anda juga pernah membacanya..tak mengapa.  Sekadar dijadikan renungan untuk semua guru.

Karangan Murid Darjah Lima

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.

Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.

Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.

Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sumber : cerita lawak

sekian,

p/s : Tidak dapat dipastikan sama ada cerita ini adalah ditulis oleh murid atau rekaan semata-mata. Jika benar murid-murid yang tulis, harap guru-guru memandang serius isu ini.

P/s : Jika cerita ini direka semata-mata, anggaplah ia sekadar hiburan. (“.)

Kategori:Cerita Teladan

‘Tunjuk & Eja’ Perlu Betul

8 September 2011 7 comments

Salam sejahtera,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa melayari laman ini.

Topik pada kali ini berkaitan dengan sistem ‘mengeja dan sebut’ yang diajar oleh guru di sekolah, tetapi gagal dipraktik dengan baik oleh murid.

Cuba perhatikan cara murid belajar mengeja di bawah :

sistem 'menunjuk semasa mengeja' yang tidak betul

Gambar 1 menunjukkan murid mengeja sambil menunjuk pada perkataan. Cara ini perlu diperbetul bagi mengelakkan murid terus ketinggalan. Ini kerana murid menutup perkataan yang hendak dieja. Kebanyakan guru tidak perasan apabila membimbing murid mengeja dalam kumpulan.

Sistem yang salah terus diamalkan. Jadi, tidak hairanlah murid lebih banyak menghafal dan terus tidak kenal abjad, apatah lagi untuk menulis berdasarkan gambar.

sistem 'tunjuk dan eja' dengan cara yang betul

Gambar 2 menunjukkan cara mengeja sambil menunjuk dengan cara yang betul. Murid tidak menutup perkataan. Oleh yang demikian, mereka akan dapat melihat huruf dan suku kata yang hendak dieja.

Kadang-kadang ada perkara kecil yang kita terlepas pandang. Jadi, sama-samalah kita bantu murid agar tidak terus ketinggalan.

Sekian,

NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Penyelaras LINUS