Arkib

Archive for the ‘Komedi’ Category

Bahana Teknologi???

3 Oktober 2009 5 comments

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia – Selamat dtg ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu….

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. Nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke data base pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza – pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macam mana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul “Popular Hokkien Dishes”dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm….)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko…..

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami, username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan… terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot….

p/s :

  • Haha..sakit perut tergelak..

Pantun Raya..

13 September 2009 3 comments

Kelantan…

Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar,
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita,

Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong,
Makang kepok cicah cuke,
Bulang pose mung bengong,
Bulang raye mung gile,

Pahang…

Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin,

Johor…

Cegitu cegini awak suke,
Awak suke kite tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie,

Melaka…

Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok,
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok,

N. Sembilan…

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur. ..

Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu,
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu,

Perak…

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai,

Kedah…

Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau,
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau,

Penang…

Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq,
Lepas raya usah dok triak,
Kalu ceti mai ikut dapoq,

Perlis…

Padang besaq kecik aja,
Tempat siam lalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang,

Kategori:Komedi Tag:

Khasiat KENTUT..Emm??

27 Ogos 2009 1 komen

Salam sejahtera…

Hari ini saya hendak berehat dan ‘keluar sebentar’ dari dunia pendidikan. Hari ini saya paparkan satu artikel yang mungkin dapat menenangkan perasaan anda. Selamat membaca!!

WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

“Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis, sakit jantung dan lain lain.

“Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain. Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story :

  • Kentutlah merata-rata tempat Ingatlah orang-orang yang tersayang!! Tapi jgn kentut dekat I ye sebab I lebih rela sakit dari hidu kentut korang

sumber : portal syok.org

Kategori:Kesihatan, Komedi Tag:

Telefon Berbunyi……

15 Ogos 2009 3 comments

“Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .

“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm . . ”
“Abang masih ada di kelab lagi ke? ”
“Iya.”
“sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, boleh ke sayang beli?

“Berapa harga nya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. .”

“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?” “Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!!

Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.

“Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. ”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too . . “

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA??!..”

Moral ; Jangan suka jawab telefon milik orang lain..

Kategori:Komedi Tag:,

Salah Faham

12 Julai 2009 12 comments

Sumber : Portal syok

Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : I’m Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : I’m Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he’s a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn’t work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i’ll broadcast it on the P.A system saying. “Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u’re their uncle, u’re a nobody. “how bout that!?

Toot… .Toot… .Toot… …

Kategori:Komedi Tag:

Kerana Isteriku Yang Bernama Liza

28 Jun 2009 36 comments

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!

*******************************************

“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian, Terima Kasih…
Harap Maklum…

Sumber : http://profiles.friendster.com/amier1984

Pak Imam dan Kaki Lepak

20 Jun 2009 2 comments

Cerita lawak ini pasal kejahilan budak-budak sekarang, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita melalui cerita lawak ini.

“Di sebuah kampung ada 3 org remaja yang suka lepak. Nama mereka ni Ali, Budin & Ciko. Aktiviti seharian mereka ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukanla jahil sangat seperti yg disangkakan”.

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…”

Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak khusyuk jugak lagi. Masuk je kali ke-3, Budin panggil tok imam.

“Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur la ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”.

Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii. Lepas solat, tok imam pun puji2 ler si Ciko ni.

Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang. He heee…”

Tok imam pun terkedu dan terpana…

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s : jangan mempermainkan solat!

Pengumuman Baru Oleh PM – ELAUN SARA HIDUP

25 Mei 2009 7 comments

Salam sejahtera..

Dah baca surat khabar hari ini? Kalau belum, tak perlu baca sebab saya nak cerita isi kandungan surat khabar tersebut..

Tuntut jangan tak tuntut..

PENGUMUMAN BARU OLEH PM

(ELAUN SARA HIDUP)

PEKELILING 11 – Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat…

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja – Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan – (tempat terakhir masih bertugas)

dan…

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

80 penutup botol Coca-Cola…….. Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah!

Pergi sambung kerja…. kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk…..

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN SARPONEN

Teacher’s Department

Internet Marketing Business

Apa Kata Anda Kalau Dapat RESUME Macam Ini?

12 April 2009 3 comments

Name: Ah Meng

Age: Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before

Race: I love to race, how you know?

Nationality: I don’t like National, I prefer Sanyo

IC Number: 6735

Telephone number: House no telephone

Hand phone number: 3310

Address: Penang Jelutong

City: Nor Haliza?

Postcode: I never post anything

State: In my family, I am 2nd

Country: I love to travel to Canada

Marriage status: Secret

Email Address: Hotmail

Education Background: My teacher said not bad

Working experience: Last time got sell pirated VCD

Father’s name: Daddy

Father’s IC: You ask him

Mother’s name: Mummy

Mother’s IC: You ask her

Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay

When can start work: Depends on my mood

Highest qualification:Ya, very high

Grade: Ya, very high

College/University: College

Signature: Can I use chop?

Kategori:Komedi Tag:

Nak Cerita Pun Malas

7 April 2009 Tinggalkan komen

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya,

“Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

“Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?”

Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas, tuanku.

Sumber : http://lawaktoday.blogspot.com

Kategori:Komedi Tag: