Arkib

Archive for 21 April 2009

Ujian Diagnostik

21 April 2009 24 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah murid selesai menjalani ujian saringan, guru perlu membuat analisa untuk menentukan situasi murid yang dijangka akan terlibat dengan ujian diagnostik.

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :

soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :

  • Diagnostik Pengamatan

  • Diagnostik Lisan

  • Diagnostik Tulisan

Diagnostik Pengamatan

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.

Diagnostik Lisan

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.

Diagnostik Tulisan

Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

Cara ini akan memudahkan guru untuk membina persediaan mengajar berdasarkan ‘ranking’ murid.

Sekian,

teachers-department10

NORHAIDI SARPONEN
Mantan Guru Pemulihan
2004-2008

p/s :

  • Klik pada ruangan DOWNLOAD untuk muat turun Set Ujian Diagnostik Bahasa Melayu.
Kategori:Pend.Pemulihan Tag: