Utama > Pend.Pemulihan, Pengetahuan > Mengajar Murid Kuasai Kemahiran KV+KVK

Mengajar Murid Kuasai Kemahiran KV+KVK

Salam sejahtera..

Semoga keadaan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda tidak kira siapa dan di mana anda berada, kenal atau tidak, tua atau muda, semoga anda kekalkan ‘mood’ ceria sepanjang masa dan melakukan ibadah kepada yang memerlukan..

Hari ini kita akan kongsi sedikit ilmu bagaimana mengajar murid menguasai kemahiran KV + KVK. Imbas kembali, jika sebelum ini kita telah mengajar murid kuasai kemahiran mengenal abjad, suku kata KV dan KVK. Maka, pelajaran hari ini adalah kesinambungan daripada kemahiran sebelum ini.

Bahan yang sekurang-kurangnya guru mesti ada adalah seperti yang berikut ;

  • kad suku kata KV
  • Kad suku kata KVK
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja 1 – Padan suku kata KV dan KVK bagi membentuk perkataan bermakna. (10 isi latihan)
  • Lembaran kerja 2 – Padankan perkataan KV+KVK dengan gambar yang sesuai. (10 isi latihan)
  • permainan berunsur pendidikan. (Puzzle suku kata KV+KVK , Dam suku kata KVK, Pancing Perkataan dan lain-lain permainan yang bersesuaian)

TIPS MENGAJAR :

  • Tunjukkan kad suku kata KV dan KVK secara berasingan.
  • Rangsang minda murid untuk sebut suku kata.
  • Kemudian, rangsang minda murid untuk cantum suku kata bagi membentuk perkataan bermakna.
  • Guru berikan contoh – KI+PAS = KIPAS
  • Murid lakukan aktiviti ‘4’ secara berulang-ulang.
  • Uji kefahaman murid. Tunjukkan gambar dan minta murid cari kad dan cantum suku kata membentuk perkataan.
  • Uji keupayaan taakul murid – guru sebut dan murid tulis dalam buku latihan
  • Edarkan lembaran kerja 1 dan 2. Beri murid 15 minit untuk siapkan.
  • Bincangkan jawapan secara keseluruhan.
  • Betulkan segera kesalahan murid jika ada.
  • Berikan murid bermain dengan permainan yang disediakan selama 15 minit.
  • Di akhir sesi, rangsang minda murid akan perkataan yang telah mereka pelajari.
  • Rangsang minda murid untuk memberikan contoh lain bagi suku kata KV+KVK.

Kemahiran ini memakan masa dua minggu untuk dikuasai oleh murid pemulihan. Latihan yang berterusan dan pengulangan setiap hari kemahiran ini dapat membantu murid lebih menguasai.

Setelah menguasai kemhiran ini, guru boleh memindah kepada kemahiran membaca rangkai kata KV + KVK dan cantum suku kata KVK + KV menjadi perkataan bermakna. Contohnya, KVK+KV = LAM+PU = LAMPU.

Mengajar Pemulihan memerlukan ketekunan dan kesabaran. Ada kalanya, murid akan ‘buat perangai’ dalam kelas. Tetapi itu adalah sifat seorang kanak-kanak. Jadi, guru tidak perlu terlalu garang dan jangan kerap memarahi murid.

Sekiranya dalam tempoh 2 minggu murid masih tidak kuasai kemahiran ini, guru jangan panik kerana ia bukanlah masalah yang terlalu rumit. Teruskan mengajar dan ulang kemahiran yang sama sehingga murid benar-benar mahir.

Dalam sistem pendidikan Pemulihan Khas, sesuatu kemahiran baru itu akan dipelajari hanya apabila murid didapati telah menguasai kemahiran yang sebelumnya.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • panduan di atas adalah menurut pengalaman dan pandangan saya sahaja.
  1. 11 Ogos 2009 at 9:37 PM

    Berdasarkan pengalaman dan pandangan yg masih kurang ini… apabila memberi latihan pada murid, pastikan bilangan soalan bersesuaian dengan tempoh yang diberi untuk menjawab soalan-soalan… biasanya.. biasanya murid-murid pemulihan saya mengambil masa 20 – 30 minit untuk membuat lembaran kerja yg mengandungi 20 soalan.. 5 soalan melengkapkan suku kata akhir untuk membentuk perkataan (cth: ka _ _ _ ), 5 soalan melengkapkan suku kata awalan untuk membentuk perkataan (cth: _ _ tak), 5 soalan memadankan perkataan dengan gambar dan 5 soalan lagi menulis perkataan berdasarkan gambar… setiap set soalan ini berdasarkan perkataan yang sama cuma kaedah soalan berlainan.

  2. 11 Ogos 2009 at 11:40 PM

    itu murid pemulihan cikgu Livi yang ambil masa 20 minit hingga 30 minit untuk menyelesaikan 20 soalan…murid saya tidak…perlu diingat, bukan semua murid pemulihan sama seperti murid cikgu Livi..jadi, peruntukan masa 15 minit adalah memadai dengan 10 soalan dalam 2 latihan berbeza..

    terima kasih kerana memberi komen =)

  3. Ashaari bin Hamad
    30 Januari 2010 at 9:01 PM

    Saya ucap berbanyak terimakasih kerana saya dapat banyak info terkini tentang bahan pengajaran kelas pemulihan.Saya doakan cikgu diberi kekuatan untuk terus memberi bahan dari masa kesemasa demi keberhasilan kelas pemulihan.

  4. RAHANI BT JUSOH
    28 September 2010 at 1:08 PM

    Terima kasih atas panduan yang diperturunkan, dapat menjadi pendoman bagi saya guru yg baru mengenali bidang pemulihan khas ini. Semoga cikgu sejahtera selalu dan tidak jemu-jemu memperkembangkan ilmu yg ada…….

  5. Evarina
    20 Februari 2011 at 3:02 AM

    Terima kasih di atas segala maklumat dan ilmu yang telah dikongsikan bersama. Segala maklumat tersebut sangat bermakna dan telah menaikkan semangat saya untuk sentiasa memperbaiki P&P malahan diri saya sendiri untuk menjadi seorang guru yang berkesan seperti rakan-rakan guru semua.
    Saya ingin berkongsi sedikit situasi saya di sekolah bersama-sama. Tahun 2011 adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana saya telah diberi kelas tahun 2 yang terakhir sekali daripada 13 buah kelas. Kesemua murid saya yang seramai 36org adalah murid linus dan 10 orang daripadanya boleh dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
    Saya menghadapi kesukaran setiap kali hendak menyampaikan P&P kerana keadaan murid yang terlalu ramai, ditambah dengan pelbagai keadaan muridnya yang bermasalah; dari segi memahami percakapan bahasa melayu, ada yang menangis tiba-tiba di dalam kelas, ada yang berlari keluar dari kelas secara tiba-tiba, ada yang tidak semena-mena ber’kungfu’ di dalam kelas, ditambah lagi dengan murid nak ke tandas, murid nak minum air, murid nak korek pensel dan kalau nasib tak baik hari tersebut, ada pulak murid yang terbuang air dalam kelas.
    Keadaan kelas seringkali kucar-kacir dan saya akui saya memang gagal mengawal kelas tersebut. walau bagaimanapun, terdapat juga sekumpulan pelajar yang tidak bermasalah, memang mahu belajar dan mengikuti p&p saya dengan baik. Cumanya mereka sering terganggu dengan keadaan-keadaan yang ‘macam-macam’ yang saya sebutkan diatas.
    saya sering memikirkan satu kaedah bagaimana hendak ‘mendiamkan’ dan ‘mengamankan’ kelas tersebut walaupun berbagai-bagai cara dah saya cuba untuk menarik perhatian murid. Saya juga telah berbincang dengan pihak yang berkaitan untuk mengasingkan murid pendidikan khas di dalam kelas saya tapi jawapannya mengecewakan.
    Untuk pengetahuan, saya sememangnya guru option pemulihan dan tahun ini baru masuk tahun ke-3 mengajar. Di dalam kelas, saya telah mengasingkan murid mengikut tahap bagi memudahkan saya mengajar mengikut kemahiran, menyediakan abm, lembaran kerja dan sebagainya. Saya juga mengaplikasikan sedikit sebanyak apa yang telah saya pelajari semasa menyampaikan P&P. Namun, saya rasa saya gagal kerana saya tidak dapat mengawal keadaan kelas tersebut. Apabila kawalan kelas gagal akhirnya p&p saya juga jadi tidak berkesan.
    Sekiranya ada rakan-rakan guru yang nak bantu saya, nak kongsi pendapat dan nak berrespon terhadap cerita saya ni.., amat dialu-alukan dan saya ucapkan terima kasih..:)

    • Cikgu
      13 Februari 2012 at 10:15 PM

      salam sejahtera cikgu,

      maaf atas kelewatan memberi respon terhadap komen cikgu. apa pun, itulah dunia murid kelas belakang sekali. kalau cikgu kurang bertegas, macam-macam perangai dan watak ada dalam kelas tu. saya juga pernah alami situasi seperti cikgu juga. hari pertama pening kepala, tak jadi P&P hari pertama, ubah suai P&P yang lebih menarik pada hari ke-2. begitulah yang berlaku seterusnya

      baiklah, berdasarkan situasi cikgu, dapatlah saya rumuskan bahawa tindakan cikgu bukanlah sesuatu yang perlu dianggap gagal, cuma mungkin ada beberapa perkara yang cikgu sendiri terlepas pandang dalam perancangan P&P cikgu.

      Saya akui kawalan kelas juga penting, namun macam mana cara kita hendak mengawal kelas yang terdiri daripada pelajar ‘hardcore’ ini? inilah dilema yang dialami kebanyakan guru wanita.

      saya mempunyai bilangan pelajar linus dalam kelas belakang seramai 32 orang. kesemua mereka saya letakkan dalam tiga kumpulan iaitu kumpulan Anggerik, Kumpulan Bakawali dan Kumpulan Cempaka (kumpulan A, B, C)

      Kumpulan A terdiri daripada murid-murid yang sudah boleh menulis dan membaca ayat mudah. Kumpulan B terdiri daripada murid-murid yang sudah boleh menulis, mengeja dan membatang suku kata, manakala kumpulan C terdiri daripada murid yang tidak mengenal abjad.

      Peraturan semasa belajar dalam kumpulan adalah :

      1. apabila saya sedang mengajar kumpulan A, kumpulan B akan diberi latihan dan kumpulan C akan bermain. Kumpulan B tidak boleh mengganggu aktiviti kumpulan A dan C.

      2. apabila saya sedang mengajar kumpulan B, kumpulan A akan diberi permaian, kumpulan C pula akan diberi lembaran kerja. Kumpulan lain tidak boleh mengganggu aktiviti kumpulan A

      3. apabila saya sedang mengajar kumpulan C, kumpulan A akan diberi latihan, dan kumpulan B akan bermain.

      Proses pengajaran,latihan dan permainan secara penggiliran ini secara tidak langsung memudahkan saya membuat kawalan kelas

  6. Hilmi
    8 Mei 2011 at 1:40 AM

    Terima kasih..banyak membantu saya untuk mengajar murid pemulihan…

  7. Siti Hajar
    10 Februari 2012 at 10:37 AM

    Cgu Evarina, kalau ikut carta alir prosedur pemulihan khas, murid tahun dua yang ketara sifat pendidikan khasnya tu boleh dirujuk kepada doktor (rujuk prosedur). kalau disahkan dan ibu bapa setuju, murid tu bolehla dipindahkan ke sekolah pendidikan khas..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen