Arkib

Posts Tagged ‘Bahasa Melayu’

Strategi Pengajaran Bahasa Melayu – Part 2

6 Oktober 2009 4 comments

Salam sejahtera..

Hari ini saya akan sambung lagi pecahan isu dalam topik Strategi Pengajaran Bahasa Melayu di bawah tajuk Kemahiran Menulis. Semoga paparan di bawah dapat membantu menberi anda sedikit input berguna.

Masalah Dalam Kemahiran Menulis

1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil?

  • Latih tubi menyalin ayat atau tulisan.
  • Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat.
  • Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja.
  • Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin.
  • Salin latihan ayat dalam buku garis tiga
  • Sediakan lembaran kerja tulisan.
  • Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
  • Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar.
  • Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar.
  • Permainan bahasa.
  • Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.

2. Jarak huruf tidak seragam

  • Menyalin perkataan dalam kotak.
  • Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar.
  • Menyambung titik huruf

3. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat

  • Elakkan perkataan berganda.
  • Jangan beri latihan yang terlalu panjang.
  • Kurangkan perkataan imbuhan.
  • Semak baris demi baris.

4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.

  • Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak.
  • Sambung titik.
  • Kertas surih – bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

5. Menonjolkan pembalikan huruf

  • Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang.
  • Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf
  • Menggunakan kad tebuk – sentuh dan rasa
  • Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan)
  • Latihan menulis (sambung titik)
  • Memilih dan mencari himpunan huruf.
  • Menulis huruf di pasir atau udara.
  • Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.
  • Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN

Teacher’s Department

p/s :

  • Topik esok saya akan sentuh mengenai Kesilapan Tulisan yang sering dilakukan oleh murid, Punca serta Cadangan mengatasi. Selepas topik ini selesai. Saya akan masuk kepada Kemahiran Membaca pula.

Mengajar Murid Menguasai Suku Kata

10 Jun 2009 9 comments

Salam sejahtera.

Semoga anda ceria dan sihat sentiasa, dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdas untuk sama-sama berbuat baik sesama insan.

Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.

Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV.

Andaikan dalam kelas ada lima orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru sekurang-kurangnya mesti ada bahan bantu mengajar yang berikut :

  • kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
  • lembaran kerja suku kata bergambar
  • kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4
  • kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
  • kad permainan – puzzle suku kata


Sebelum mengajar :

  • Pastikan murid sudah bersedia.
  • Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
  • Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar :

  • mulakan dengan konsonan ‘b’ + vokal ‘a’ – contoh ‘ba’, ‘ca’, ‘da’, ‘fa’, ‘ga’, ‘ha’ dan seterusnya.
  • guru tunjuk dan sebut – murid ikut.
  • lakukan latihan ini secara berulang.
  • Vokal ‘a’ mudah dikuasai oleh murid. Setelah mahir, tukarkan huruf vokal ‘a’ kepada vokal ‘i’, ‘o’, ‘u’ dan ‘e’.
  • vokal ‘e’ perlu diajar pada akhir sekali kerana ‘e’ mempunyai dua sebutan yang berbeza iaitu ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’.
  • Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar ‘GAJAH’ dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah ‘ga’.

Selepas mengajar :

  • buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir
  • uji murid secara rawak
  • edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid
  • beri murid permainan puzzle cantum suku kata.

Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.

Sekian,

Teacher's Department

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

p/s :

  • panduan di atas adalah menurut pandangan saya sahaja.